Monday, October 11, 2010
Minggu Kesebelas - Jurnal Refleksi
Monday, October 4, 2010
Minggu kesepuluh - Jurnal Refleksi
Saturday, September 25, 2010
Minggu kesembilan - Jurnal Refleksi
Thursday, September 16, 2010
Minggu kelapan - Jurnal Refleksi
Menurut Sumber yang diperolehi dari Internet, terdapat tiga pendapat yang bercakap tentang penceritaan Menora. Pendapat pertama mengatakan Raja hanya mempunyai seorang puteri tetapi pendapat ketiga mengatakan Raja mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Mereka juga memberikan pendapat yang berlainan iaitu bagaimana puteri kesyangan Raja mengandung dan telah dihalau keluar dari istana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca dengan lebih teliti ‘Cerita asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla’.
Setelah kami menebual En Tharawat, dia juga memberikan pendapat yang berbeza tentang asal usul atau penceritaan Menora ini. Ini merupakan kisah yang diceritakan oleh Encik Tharawat kepada kami dari sumber yang diperolehinya.:
Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka bermain bersama kawan-kawanya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.
Alatan yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakanya memainkan muzik, puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang merdu. Pada suatu ketika, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu ‘ MENORA’. Di sini bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama. Namun, dari hari ke sehari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab lain. Raja menegur puteri supaya melebihkan pelajaran kepada hal ehwal Negara. Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan teguranya.
Puteri serta kawan-kawanya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau ini juga, tarian Menora semakin menjadi-jadi di mainkan oleh mereka. Mereka akan bercucuk tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan. Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut sehinggalah dia berkahwin dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh putera Thep dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.
Pada suatu petang, Putera Thep terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut, Putera Thep pulang ke Rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan. Jika dulu, hanya Sri Mala yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.
Semenjak dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera Thep, tarian Menoara ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau bersebelahanya. Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai kepada pengetahuan raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala dan juga datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.
Setelah dijemput untuk membuat persembahan di istana, putera Thep dan rombonganya bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga dengan putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceitaka tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, raja begitu gembira dan menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus kesalahanya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal bersamanya.
Semasa tinggal di istana inilah persembahan dan tarian semakin menarik kerana kerana di beri pemberian raja iaitu mahkota, baju serta pakaian yang lebih menarik lagi. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas Putera Thep.
Menurut sumber ini juga, sejarah tentang kemasukan menorah ke Kelantan tidak dapat dipastikan siapakah orang pertama yang membawa masuk menora ke negeri itu. Ini kerana menora dibawa masuk ke Kelantan melalui dua jalan iaitu darat dan air. Menurut sumber juga, Salah seorang yang membawa masuk menora ke negeri Kelantan dikenali sebagai Menora Chuai. Beliau membawa masuk tarian Menora ini melalui darat iaitu kampong Teresek yang terletak di Pasir Mas,
Dalam Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok perang biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadang-kadang terdapat dua orang tok perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan dibawa oleh lelaki berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di Kelantan dan Kedah, persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan. Menurut Encik Tharawat, dalam permainan Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza. Menurutnya lagi, Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka. Watak-watak yang dimainkan semasa persembahan Menora adalah mengikut cerita yang akan dipersembahkan.
Busana ataupun kostum menora juga tidak kurang hebatnya. palakon lelaki memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang yang berwarna-warni. di kepalanya mempunyai mahkota tinggi yang disebut kecopong atau CHA DA, berskaf merah, bertali pinggang, berselandang kain yang bercorak-corak, kain kuning hijau, sehelai kain bercorak yg dgantung pada pinggang, bersarung kaki, sepasang sayap, rantai dan bersarung kuku yang panjang melenting. Pelakon perempuan pula hampir sama dengan lelaki cuma tidak memakai kecopong. Peran pula memakai topeng yang berbentuk jenaka dan berselendang. Akhir sekali, ahli muzik pula berpakaian bebas. untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari bolg kami - Menora.
Kebiasaanya persembahan Menora dilakukan pada waktu malam dan berakhir bergantung kepada cerita yang dipersembahkan. Antara alat-alat muzik utama Menora ialah geduk, canang, pi nai, gedombak, cerek dan kesi. kedudukan alat muzik dalam persembahan Menora adalag secara bulatan dan pelakon dan penari membuat persembahan di tengah-tengahnya.Tarian dan lagu pula dikatakan datang bersama Drama tari. Anatara tarianya ialah gerak tari burung kinaree, gerak tari masuk, tarian penjuru besar, tarian penjuru kecik dan gerak tari labah-labah.
Sewaktu kami memilih tajuk ini, secara jujurnya kami katakan kami tidak tahu menahu lansung apa itu menora dan sumber yang kami temui di internet amat terhad. Sehinggalah kami mula mencari cd video tentang menora di perpustakaan. disitu kami mula memahami apa itu menora. Kemudianya kami mula mencari seseorang yang boleh kami buat sebagai rujukan yang kuat untuk mengetahui lebih mendalam tentang menora. disitulah kami mula menemui En Hj Tharawat. Walaupun cukup sukar untuk kami sampai kesana hanya menaiki bas, namun, itulah pengalaman yang paling indah kerana dapat bersama-sama seseorang yang cukup berpengalaman dalam bidang ini. beliau dulunya belajar di Narathiwat dan beliau juga sering membuat persembahan di luar negara. Walaupun beliau sepatutnya diberi gelaran kerana sumbanganya, namun bukan itu yang dikejar. Katanya, cukuplah jika kita generasi baru dapat terus mengekalkan Tarian Menora ini agar tidak dilupakan kerana kesenian nenek moyang kita itu lebih berharga. Beliau juga berpesan kepada kami, untuk mengekalkan muzik tradisional ini mungkin memerlukan sedikit perubahan misalnya penceritaan yang jenaka, mahupun membuat cerita yang boleh menarik remaja zaman kini, tetapi masih diselitkan tarian dan muzik yang asli. Oleh itu, saya serta rakan-rakan juga menyeru kepada semua, sama-sama kita menjaga muzik tradisional kita, bukan sahaja menora malah semunya agar tidak ketinggalan. Jangan kita jadikan unsur-unsur animisme sbg penghalang, jika ianya bercanggah agama, kita boleh ubahnya sedikit supaya tidak mnggunakan unsur syirik tetapi mengekalkan keaslian muzik serta tarianya. Dengan itu, tidak ada halangan untuk kita meneruskan warisan nenek moyzng kita supaya generasi akan datang turut merasai kesenianya. Sekian dari saya, Wassalam
Monday, August 30, 2010
Minggu ke-7 - Jurnal Refleksi
Saturday, August 21, 2010
Minggu keenam - Jurnal Refleksi
Saturday, August 14, 2010
Minggu Kelima-Jurnal refleksi
Objektif kuliah pada minggu ini ialah sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk, dan tekstur gamelan dan caklempong. Sesi pembelajaran dimulakan dengan Gamelan terlebih dahulu. Gamelan berasal dari jawa yang bermaksud dipukul. Ini mungkin disebabkan alat muzik ini tergolong dalam kumpulan idiofon. Alat muzik ini diperbuat daripada perunngu dan kayu dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap iaitu 'Fixed tuning'. Permainan ini dimainkan secara ensembel dan persembahan muzik ini lebih lengkap jika dimainkan secara berkumpulan. Gong merupakan alat gamelan pertama yang dicipta kerana pada awal tamadun gong merupakan alat yang penting sebagai tanda sesuatu upacara. Gamelan dipercayai berasal dari indonesia tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filiphina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Secara sedar atau tidak, gamelan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan melayu dikategorikan dalam muzik bentuk tarian utama. ia juga dikenali dengan Gamelan Terengganu dan lebih dikenali juga sebagai joget Gamelan. gamelan ini wujud di istana Riau Lingga pada abad ke 18 yang disebabkan ikatan perkahwinan keluarga di Raja Riau dengan keluarga bendahara dari Negeri Pahang. Ikatan perkahwinan ini memperkenalkan gamelan dan membawa bersama-sama penari serta pemuzik.
Pada awak abad ke 20, gamelan melayu berpindah ke Istana Terengganu untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (Terengganu) dengan Tengku Mariam (Pahang). Pada ketika ini gamelan mula di bawa ke Pahang di Istana Maziah. Disini juga bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan dimana muzik tidak lagi seperti muzik jawa, tetapi diubah
kepada muzik yang lebih bersifat kemelayuan. Berlakunya perubahan dari segi penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi serta melodi. Set gamelan terengganu mempunyai alat gendang, bonang, saron barun, saron peking, gambang, kenong dan gong.
Gamelan Jawa juga dikategorikan sebagai Muzik Bentuk Tarian Utama. Perkataan gamel bermaksud alat tukul, dan gamelan bermaksud set alat muzik yang diperbuat daripada gangsa. Gamelan ini dipercayai berasal dari pulau Jawa Tengah yang dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Kesenian gamelan ini merangkumi tarian, wayang kulit prwa dan kuda kepang. Di bahagian Selatan semenanjung Malaysia, berbagai-bagai bentuk tarian dan wayang kulit jawa masih dipersembahkan dengan iringan Gamelan jawa. Tarian seperti Taraian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil juga diiringi oleh gamelan. Jika di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan, muzik gamelan mengiringi majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya yang berfungsi dalam kehidupan rakyat. Gamelan ini dimainkan dalam skel slendro dan pelog. Set permainan jawa adalah lebih banyak dan permainanya lebih kompleks iaitu gendang (ketipung,jiblon,bern), bonang, demung, saron barung, saron pekin, gambang, kenong, kempol dan gong.
Dari aspek notasi gamelan, notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan mudah dan beansur kompleks. Pada abad ke 19, sistem nombor diperkenalkan dan sistem ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang. Tekstur muzik gamelan adalah polofoni dimana gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Ciri utama muzik gamelan adalah bentuknya yang berulang. setiap frasa diulang dan bergerak dalam bentuk bulatan.
Kita berbalik pula kepada Caklempong. Selesai membincangkan tentang caklempong, kami membincangkan tentang caklempong. Seperti biasa kami dipertontonkan dengan video permainan caklempong terlebih dahulu. Persembahan yang cukup menarik dan tidak kurang hebatnya dengan permainan gamelan tadi. Caklempong dikenali juga sebagai Taklempong yang
terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. caklempong ini berasal dari Minangkabau dan muzik ini sering mengiringi nyanyian, taraian lilin, pencak silat,majlis perkahwinan dan keramian.muzik caklempong juga dimainkan dalam tempo yang laju dan secara berkumpulan. Namun terdapat juga dalam tarian drama dan randai. Alat muzik caklempong ialah bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai.
Kesimpulanya, banyak warisan yang perlu kita pelihara. Jika kita imbas kembali, walaupun gamelan berasal dari indonesia dan dibawa ke tanah, tetapi kita mula menerapkan ciri-ciri melayu dan cuba membuang ciri-ciri jawa. Oleh itu, walaupun secara mata kasarnya sama, tetapi berbeza. Oleh itu, perlunya kita menjaga, menyayangi dan menghargai segala warisan yang ada. Secara jujurnya, walaupun saya telah mempelajari gamelan dan ceklempong, banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari. Kami juga bersama-sama bermain alat gamelan bersama-sama pelajar bukan muzik untuk memberi gambaran yang jelas tentang itu. Suatu pengalaman yang menyeronokan dan kaedah pembelajaran yang amat berkesan bagi pendapat saya.