Saturday, August 14, 2010

Minggu Kelima-Jurnal refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya tujukan buat Encik Amran dan rakan-rakan sekalian. Minggu lepas kita didedahkan dengan warisan turun temurun kita,iaitu wayang kulit. Pada minggu ini kita didedahkan pula dengan tajuk yang yang lebih menarik iaitu Gamelan dan Caklempong. Sebelum memulakan perbincangan dengan lebih lanjut tentang gamelan, kami disajikan dengan video gamelan bali yang juga disebut ' Gong Kepia'. Permainan yang cukup pantas, dengan tone color yang berbeza, dynamic yang menarik dan kelajuan tempo yang berbeza. Saya dan rakan-rakan semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gamelan.

Objektif kuliah pada minggu ini ialah sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk, dan tekstur gamelan dan caklempong. Sesi pembelajaran dimulakan dengan Gamelan terlebih dahulu. Gamelan berasal dari jawa yang bermaksud dipukul. Ini mungkin disebabkan alat muzik ini tergolong dalam kumpulan idiofon. Alat muzik ini diperbuat daripada perunngu dan kayu dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap iaitu 'Fixed tuning'. Permainan ini dimainkan secara ensembel dan persembahan muzik ini lebih lengkap jika dimainkan secara berkumpulan. Gong merupakan alat gamelan pertama yang dicipta kerana pada awal tamadun gong merupakan alat yang penting sebagai tanda sesuatu upacara. Gamelan dipercayai berasal dari indonesia tetapi terdapat juga alat gamelan yang serupa di negara jiran seperti Filiphina, Thailand, Cambodia dan sebahagian Vietnam. Secara sedar atau tidak, gamelan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan melayu dikategorikan dalam muzik bentuk tarian utama. ia juga dikenali dengan Gamelan Terengganu dan lebih dikenali juga sebagai joget Gamelan. gamelan ini wujud di istana Riau Lingga pada abad ke 18 yang disebabkan ikatan perkahwinan keluarga di Raja Riau dengan keluarga bendahara dari Negeri Pahang. Ikatan perkahwinan ini memperkenalkan gamelan dan membawa bersama-sama penari serta pemuzik.

Pada awak abad ke 20, gamelan melayu berpindah ke Istana Terengganu untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (Terengganu) dengan Tengku Mariam (Pahang). Pada ketika ini gamelan mula di bawa ke Pahang di Istana Maziah. Disini juga bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan dimana muzik tidak lagi seperti muzik jawa, tetapi diubah
kepada muzik yang lebih bersifat kemelayuan. Berlakunya perubahan dari segi penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi serta melodi. Set gamelan terengganu mempunyai alat gendang, bonang, saron barun, saron peking, gambang, kenong dan gong.

Gamelan Jawa juga dikategorikan sebagai Muzik Bentuk Tarian Utama. Perkataan gamel bermaksud alat tukul, dan gamelan bermaksud set alat muzik yang diperbuat daripada gangsa. Gamelan ini dipercayai berasal dari pulau Jawa Tengah yang dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang-orang Eropah. Kesenian gamelan ini merangkumi tarian, wayang kulit prwa dan kuda kepang. Di bahagian Selatan semenanjung Malaysia, berbagai-bagai bentuk tarian dan wayang kulit jawa masih dipersembahkan dengan iringan Gamelan jawa. Tarian seperti Taraian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil juga diiringi oleh gamelan. Jika di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan, muzik gamelan mengiringi majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya yang berfungsi dalam kehidupan rakyat. Gamelan ini dimainkan dalam skel slendro dan pelog. Set permainan jawa adalah lebih banyak dan permainanya lebih kompleks iaitu gendang (ketipung,jiblon,bern), bonang, demung, saron barung, saron pekin, gambang, kenong, kempol dan gong.

Dari aspek notasi gamelan, notasi tidak penting dan lagu lama tidak dicatat. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan mudah dan beansur kompleks. Pada abad ke 19, sistem nombor diperkenalkan dan sistem ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang. Tekstur muzik gamelan adalah polofoni dimana gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara. Ciri utama muzik gamelan adalah bentuknya yang berulang. setiap frasa diulang dan bergerak dalam bentuk bulatan.

Kita berbalik pula kepada Caklempong. Selesai membincangkan tentang caklempong, kami membincangkan tentang caklempong. Seperti biasa kami dipertontonkan dengan video permainan caklempong terlebih dahulu. Persembahan yang cukup menarik dan tidak kurang hebatnya dengan permainan gamelan tadi. Caklempong dikenali juga sebagai Taklempong yang
terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. caklempong ini berasal dari Minangkabau dan muzik ini sering mengiringi nyanyian, taraian lilin, pencak silat,majlis perkahwinan dan keramian.muzik caklempong juga dimainkan dalam tempo yang laju dan secara berkumpulan. Namun terdapat juga dalam tarian drama dan randai. Alat muzik caklempong ialah bonang, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai.

Kesimpulanya, banyak warisan yang perlu kita pelihara. Jika kita imbas kembali, walaupun gamelan berasal dari indonesia dan dibawa ke tanah, tetapi kita mula menerapkan ciri-ciri melayu dan cuba membuang ciri-ciri jawa. Oleh itu, walaupun secara mata kasarnya sama, tetapi berbeza. Oleh itu, perlunya kita menjaga, menyayangi dan menghargai segala warisan yang ada. Secara jujurnya, walaupun saya telah mempelajari gamelan dan ceklempong, banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari. Kami juga bersama-sama bermain alat gamelan bersama-sama pelajar bukan muzik untuk memberi gambaran yang jelas tentang itu. Suatu pengalaman yang menyeronokan dan kaedah pembelajaran yang amat berkesan bagi pendapat saya.
Teruskan Membaca...
 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template