Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, walaupun di bulan ramadhan ini, kita menahan lapar dan dahaga, namun suasana kuliah serta sesi pembelajaran dapat berjalan seperti biasa. Keceriaan dan keseronokan dapat digambarkan melalui video serta gambar-gambar yang telah diambil semasa sesi pembelajaran pada minggu lepas. Sejujur dan seikhlas hati saya mengatakan, saya semakin meminati kursus ini dan diibaratkan 'tertunggu-tunggu' hari Rabu untuk kuliah seterusnya. Tajuk yang dibincangkan semakin menarik dan ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dibuat secara spontan. Pengalaman manis ini saya kira bukan hanya saya seorang yang merasakan, malah mungkin pelajar-pelajar yang bukan dari kursus muzik lebih merasakannya. Seterusnya, saya terus kepada tajuk kuliah kami pada minggu ini.
Tajuk kuliah pada minggu ini berkaitan dengan Makyung dan Kompang. Saya mulakan dengan Makyung terlebih dahulu. Objektif dan sasaran pada minggu ini berkaintan sejarah makyung, persembahan dan alat muzik serta muzik makyung iaitu melodi, bentuk dan irama.
Makyung dikategorikan sebagai bentuk Seni Lakun sama seperti Menora, Mekmulung dan Jikey. Hal ini kerana, mekmulung mempunyai lagenda dan mitos yang tersendiri. Bentuk seni lakonnya juga sangat kuno. Mekmulung mempunyai asa yang sama tetapi dibentuk melalui indentiti dan keperluan dramatik yang berbeza. Ia menggunalkan pelakon manusia dan mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal serta instrumental. Mekmulung juga seperti Menora iaitu mengisahkan penceritaan.
Mekmulung berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama: Hikayat Patani) dan mula tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Selepas 200 tahun, ian mula dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah dia bawah naungan Sultan Mohammad ke IV. Tengku Temenggung Ghaffar merupakan orang yang bertangungjawab di Kampung Temenggung Kota Bharu. beliau juga diberi tugas atau naungan tentang sistem latihan, muzik dan kostum yang dipehalusi secara sistematik. Mekmulung akhirnya bertukar dari Tradisi istana ke Tradisi Rakyat (Folk theater). Makyung dipersembahkan untuk tujuan ritual. Antaranya, makyung dipersembahkan melalui main puteri adalah berjuan untuk penyembuhan penyakit. Persembahanya sebagai sembah guru dan aras panggung yang digunakan sama dengan aras tanah. Selain itu, Mekmulung juga dipersembahkan untuk tujuan Persembahan. Lantai punggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah dan beratap serta ruang belakon di tengah-tengah pangung. Pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus yang duduk di tepi lantai.
Makyung mempunyai cerita dan mitos yang tersendiri sejak dari dulu lagi. Cerita asalnya betajuk Dewa Muda iaitu merypakan cerita rakyat. Terdapat kira-kita 11 buah cerita dan 30 buah lagu reportoire yang berkaintan dengan Mekmulung. Cerita ini dikisahkan melaui dialog, nyanyian, tarian dan diiringi muzik vokal serta instrumental. watak-watak yang terdapat dalam cerita ini ialah Pakyung dan Pakyung Muda (Watak utama), Makyung dan Puteri Makyung (Raja perempuan), Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh) dan Tok Wak (Ahli Nujum dan tukang). Namun pada abad ke 20, peranan utama dipegang oleh wanita. menurut sesetengah pendapat, hal ini kerana pada waktu itu raja-raja selalu keluar berperang, dan disebakan itu, raja atau pembesar khuatir jika isteri-isteri mereka tertarik dengan penari atau pelakon lelaki tersebut. Antara lagu-lagu makyung ialah mengadap rebab (lagu terpanjang), kijang mas, lagu sindung, lagu ela, mengulit raja nak tidur dan sebagainya. Setiap lagu mempuyai mode mereka yang tersendiri.
Alat-alat muzik utama ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. tambahan alat pula ialah serunai, geduk dan canai. Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan iaitu pusingan dimana jangka masa tetentu yang ditentukan dengan pic-pic gong. ia juga dikawal oleh tetawak kecil dan sistem gongan adalah 8 bit, 16 bit dan 32 bit. Irama mekmulung menggunakan empat timbre (pak, dum,cak,ting), gaya meningkah (interlocking) dan hampir semua lagu makyung bertempo agak pelahan. Melosi lagu ini dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat muzik rebab. melodinya juga berhias dan kompleks. mekmulung menggunakan tekstur Heterofoni.
Berbalik pula pada tajuk Kompang. Objektif yang ditekankan ialah sejarah kompang, alat muzik kompang serta muzik kompang iaitu tempo dan rentak. Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat ( Timut Tengah). ia juga dikenali sebagai Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Namun, di Indonesia ia dikenali sebagai terbang atau rebana. Kompang ini dibawa olrh pendagang Arab pada kurun ke 13 Masihi dan di klafikasikan sebagai Membranofon dalam kelas dram kecil. Kompang ini biasanya digunakan dalam masyarakat melayu untuk meraikan majlis perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidul rasul dan Berkhatan. Masyarakat sosial kita pula menggunakan kompang sebagai menyambut ketibaan pemimpin dan dalam acara-acara rasmi. Kompang mempunyai adap-adap yang harus diikuti oleh pemain. Antaranya ialah, Pakaian amat dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang, dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai.
Bahagian yang terpenting Kompang adalah Belulang dimana ia akan menghasilkan bunyi di mana Belulang ini diperbuat daripada kulit kambing betina. Kompang terbahagi kepada beberapa jenis permainan iaitu Kompang Hadrah (Negeri Perak), Kompang Johor/Jawa, Kompang Eizhar (Negeri Selangor) dan Kompang Kelalang (Negeri Melaka). Kompang juga beleh diperoleh dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz-saiz kompong ialah yang mengikut peringkat umur pemain ialah saiz 30 sentimeter (12 tahun dan kebawah), 32.5 sentimeter ( 13tahun dan 14 tahun), 35 sentimeter ( 15 tahun dan 16 tahun) akhir sekali untuk orang dewasa iaitu 37.5 sentimeter dan 40 sentimeter. Kompang dimainkan dengan sebelah tangan dimana sebelah tangan lagi untuk memukulnya. ia juga dimainkan secara berdiri dan duduk. Kompang menghasilkan dua bunyi iaitu 'pak' dan 'bung' dimana pukulan pak haruslah lenih berat baripada bunyi 'bung'.
Terdapat tiga jenis pukulan paluan semasa memainkan kompang secara beramai iaitu Melalu, Meningkah dan Menyilang. Kumpulan Melalu adalah sebagai memainkan rentak asa, Kumpulan menyilang pula memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu dan Kumpulan meningkah menjadi penghias rentak yang memainkan paluan antara kumpulan melau dan menyilang. Malahan, setiap persembahan kompang terdiri daripada tiga bahagian pukulan iaitu pukula 'mula' dimana sebagai 'hint' untuk memulakan dan memaikan sebuah lagu. Kemudian pukulan lagu dan akhir sekali Pukulan 'mati' untuk mengakhiri sesebuah lagu. Dari segi penjagaan Kompang, Kompang perlu dikendurkan permukaanya untuk disimpan. Sebelum memulakan permainan, barlah permukaan kompang tersebut ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah haru dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama. Penalaan kompang pula bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaanya menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik. Rentak asas kompang ialah Inang, Masri dan Asli.
Secara Keseruhannya, makin banyak kita mempelajari tantang muzik tradisional, semakin banyak ilmu yang menarik yang kita dapat. Jika dulu saya hanya mengenali Mekmulung sebagai muzik rakyat semata-mata yang mempunyai unsur-unsur mistik, namun kini saya lebih mengenali apa itu Mekmulung sebenarnya. Dari penceritaanya, muzik, tarian serta watak-watak yang ada amat menarik perhatian saya. Kemudian, saya didedahkan pula dengan mendalam tentang kompang. Sebelum ini saya hanya tahu kompang hanya dimainkan untuk majlis perkahwinan, menyambut tetamu khas dan jenis permainan lebih kurang sama cuma rentak yang berbeza. Berbeza pula dengan video yang telah disajikan kepada kami, dimana ada pertandingan kompang yang dimainkan secara formasi, kompang zikir, dan Johor mungkin. Maaf jika saya silap, tetapi video itu amat menarik sehinggakan saya terfikir, kenapa tidak kita ketengahkan dengan lebih meluas tentang cara permainan tersebut disamping dapat memelihara muzik tradisional dari diubah dan dilupakan oleh generasi-generasi akan datang. Sekian sahaja refleksi saya pada kali ini, Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al-Mubarak..