Friday, October 29, 2010

Minggu ketigabelas - Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat Encik Amran dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya dapat kita sama-sama menghabiskan sesi pembelajaran sehingga ke minggu ke-14 ini. Sepanjang sesi pembelajaran, kita telah tempuhi pelbagai keadaan semasa membuat kerja lapangan, membuat blog, persediaan perbentangan dan bermacam-macam lagi. Walaupun demikian, hal ini akhirnya dapat diteruskan dengan jayanya dan semua pelajar boleh mengikuti dengan baik.
Sebelum saya meneruskan dengan komen-komen lain, ingin saya kongsikan terlebih dahulu tentang tarian singa yang baru dipelajari minggu lepas. Tajuk ini amat menarik kerana baru saya sedari setip pergerakan tarian singa mempunyai rentak atau muzik yang berlainan untuk menandakan setiap perbuatan singa tersebut. Tarian singa ini juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri dimana setiap pergerakanya perlulah seiring walaupun digerakan oleh dua jasad yang berbeza. Pada pendapat saya tarian singa ini amat menarik dengan pergerkan dan muziknya yang bersemangat.
Saya teruskan kepada refleksi sepanjang 14 minggu pembelajaran dengan pelbagai telatah dan reaksi masing-masing. Pada minggu yang pertama, dimana kami harus pergi ke makmal komputer. Hal ini amat membuat saya terfikir sejenak, mengapa harus ke makmal komputer sedangkan kami belajar tentang muzik tradisional. pada masa ini, saya beranggapan mungkin kami perlu membuat rujukan menggunakan internet. Setelah masuk ke kelas, sekali lagi saya terkejut, dimana kami harus belajar membuat blog. Sekali lagi saya berfikir, 'kami ni kelas blog ke'. Pada pandangan saya ketika itu, mengapa perlu adanya blog sedangkan tiada kaitan dengan pembelajaran kami. Semasa proses membuat blog pula, hanya Tuhan yang tahu betapa kalutnya kami kerana tidak pernah didedahkan dengan membuat blog. Keadaan kelas waktu itu dirasakan cukup bingit dan pelajar yang dalam kebingungan. Selepas selesai membuat blog, apabila sesi pembelajaran bermula pada minggu seterusnya kami diminta pula untuk membuat refleksi jurnal pada setiap minggu. Pada ketika itu kami rasakan cukup tertekan, dimana kami tidak memahami bagaimana untuk membuat jurnal refleksi tersebut. Namun demikian, dengan bantuan Encik Amran dari semasa ke semasa dan tunjuk ajar oleh kawan-kawan juga, semua ini dapat diteruskan dengan sempurna. Pada mulanya kami merasakan hal ini satu bebanan, namun apabila saya membuat jurnal refleksi ini diibaratkan saya tengah mengulangkaji pelajaran dimana saya mengingat kembali apa yang dipelajari di dalam kelas. saya juga akan cuba mencari makna-makna yang tidak difahami dari laman web yang berlainan semasa membuat jurnal refleksi tersebut. Semakin hari semakin mudah dan ringan bagi kami kerana kami mula memahami dan mendalami bagaimana nntuk menguruskan blog kami. pada waktu yang sama Encik Amran sentiasa memantau blog kami dimana jika terdapat blog pelajar yang bermasalah, Encik Amran akan cuba berbincang dan membantu mereka.
Perkara yang paling saya minat dan saya cadangkan kepada Encik Amran untuk meneruskanya pada masa akan datang dimana Encik Amran memberi kami satu tajuk dan kami harus memperdebatkan sesama kami. terdapat pihak pembangkang dan terdapat pihak pencadang. Pada pendapat saya hal ini membuat pelajar akan berfikir secara 'critical thingking' dan mereka akan terus berhujah untuk mematahkan setiap hujah pihak lawan. Pada pendangan saya, perdebatan ini harus dibuat pada setiap minggu kerana pelajar akan berhujah dan semestinya mereka harus membeca dan mengetahui apa yang ingin di hujahkan. Saya memberikan pendapat berdasarkan situasi sebenar yang berlaku dimana rakan-rakan saya memberitahu saya dan rakan-rakan yang lain untuk berdebat, mematahkan hujah lawan. Pada waktu itu, kami sama-sama berusaha untuk mematahkan hujah lawan dengan pendapat masing-masing.
Perbentangan bagi setiap kumpulan juga amat wajar diteruskan. Saya mencadangkan dimana setiap pelajar wajib membuat kerja lapangan luar dari Universiti atau kampus. Hal ini kerana, pelajar dapat mencari pengalaman dan memdapat perspektif yang berbeza di tempat yang lain. Dari pengalaman saya sendiri bersama kumpulan MINDA, semasa kami menjalankan kerja lapangan kami di Uitm Puncak Alam, banyak yang kami pelajari malah memberikan kami pelbagai informasi. Kami berkenalan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan sangat rendah diri orangnya. Semasa proses pembentangan berlaku, kami perlu mengupas dan menerangkan tajuk yang diberi supaya semua pelajar dapat memahami malah dapat memberikan respon yang baik. Semasa sesi menjawab soalan, hal ini memerlukan pembentang berfikir secara 'critikal thingking' dan mereka perlu mengusai setiap tajuk mereka agar setiap persoalan akan terjawab. Pada pandangan saya, semua kumpulan membuat perbentangan dengan baik sekali dengan pendekatan yang berbeza.
Hujan di luar sudah mula reda dan burung-burung mula keluar berkicauan di udara. Oleh itu, sekian sahaja nurkilan saya yang terakhir disini, moga berjumpa di blog-blog yang akan datang. Salam lebaran Aidiladha dari Dia Mira dan sekeluarga. Sekian, Assalamualaikum..
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 26, 2010

Minggu keduabelas - Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya tujukan buat Encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Minggu ini kelas dimulakan dengan Ujian Pendengaran dimana setaiap pelajar harus mendengar Video yang dimainkan kemudian menjawab soalan berdasarkan video tersebut. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan menjawab soalan dengan penuh berhati-hati. Selesai sesi Ujian, sesi pembelajaran dimulakan dimana Encik Amran mempelkenalkan satu lagi tajuk baru kepada kami iaitu Gendang 24 musim.

Gendang 24 musim ini dikatakan telah diasaskan oleh seorang guru muzik yang bernama Encik Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Peralatan telah di import atau dibeli dari negara China. Gendang 24 musim ini juga berasas kepada musim pertanian di Negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Musim besar iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin dihabagikan kepada enam musim kecil. Musim kecil ini berkait dengan jadual perkerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar China, petani tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai, damn aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Kareorafi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi-aksi pertanian dan mempamerkan susasana meriah.

Semasa persembahan, pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaumCina sahaja, malah turut dipersembahkan dalam majlis-majlis raja kerajaan.

Alat muzik yang digunakan pula ialah 24 buah gendang Shigu, iaitu drum tarian Singa. Terdapat juga menggunakan gendang longgu. gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini juga mempunyai Konsep Jie Qi dimana dijadikan panduan buat petani.

Sekian sahaja nurkilan saya buat kali ini, akan bersambaung semula kerana mata hampir terlelap. sekian, Assalamualaikum
Teruskan Membaca...
 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template