Assalamualaikum dan salam MERDEKA buat Encik Amran serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah pada minggu lepas dua kumpulan telah membentangkan hasil kerja mereka dengan tajuk dan hasil perbentangan yang cukup menarik. Tajuk yang dibentangkan kali ini adalah Keroncong dan Kuda Kepang.
Keroncong antara muzik tradisional yang masih popular dan diminati oleh masyarakat melayu di negara kita. Keroncong dikatakan dibawa oleh orang Portugis pada zaman penjajahan dahulu, tetapi ada juga yang mengatakan alat-alat muzik keroncong berasal dari barat. Seni dikaitkan dengan seni muzik dari Portugal kerana alat Ukulele yang sangat dominan di negara itu. Muzik ini juga dikatakan antara kacukan alat muzik barat dengan gamelan. Muzik ini mula bertapak di Malaysia sekitar tahun 1940an. Muzik ini dibawa oleh orang jawa semasa berdagang atau mencari kerja disini. pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama kelamaan, kita mula mencipta lagu kita sendiri.
Antara alat-alat muzik keroncong ialah viola(violin), seruling(flute), gitar, ukulele(cuk), tenor banyo(cak), cello dan double bass. Jika dilihat pada mata kasar, mungkin kita tidak perasan perbezaan antara cak dan cuk. Cuk mempunyai 4 tali manakala cak mempunyai 3 tali sahaja. Muzik keroncong mempunyai empat ciri khas iaitu Form, Jenis dan rentak. Form lagu biasanya bergantung kepada jenis keroncong. Keroncong Asli biasanya menggunakan form A-B-C dan dinyanyikan sebanyak dua kali, manakala keroncong Langgam membentuk form A A B A. Keroncong Stambul pula hanya menggunakan form A-B. Berbeza pula dengan Keroncong Ekstra
kerana ia menyimpang dari ketiga-tiga jenis keroncong tersebut. Keroncong ini bersifat riang dan jenaka dan ianya sangat terpengaruh oleh bentuk-bentuk lagu tradisional.
Seterusnya, saya berbalik kepada Kuda Kepang. Tarian kuda kepang ini juga amat unik dan sering dikatakan berkait rapat dengan unsur-unsur 'spirit'. Saya amat meminati tarian kudang kepang ini walaupun kadang-kadang gerun melihat persembahan mereka walaupun hanya di 'youtube'. Menurut sejarah, Tarian kuda kepang ini berasal daripada Jawa dan ianya telah wujud sebelum berlakunya perkembangan islam. Tarian kuda kepang ini dimainkan dalam upacara pemujaan dan dipercayai juga tarian ini dapat membersihkan desa daripada ganguan-ganguan roh-roh jahat, malapetaka dan penyakit. Kemudian tarian ini mula berkembang di seluruh Nusantara apabila datangnya pedagang-pedagang dan penghijrahan orang jawa di tanah melayu. Terdapat pendapat mengatakan ia dicipta oleh wali songo sebagai tarikan dalam usaha untuk menyebarkan agama islam di Tanah Jawa.
Alat-alat muzik yang terdapat dalam Tarian Kuda Kepang ini ialah gendang jawa, gong, jidur, kenong kuda kepang, saron peking, angklung dan bonang. Kostum yang terdapat dalam tarian kuda kepang ini ialah pakaian tradisi Jawa Kuno, seluar dijahit dengan batik jawa dan ketopang atau tengkolok. Persembahan tarian kuda kepang ini dipersembahkan di tempat terbuka dan selalunya sebelum tarian dimulakan, tok bomoh akan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Setiap penari juga akan memacu kuda mengikut rentak dan irama lagu. Semasa persembahan ini, penari-penari sering kali melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti melompat dan lain-lain lagi. Kononya juga, jika alaunan muzik tidak rancak, penari-penari akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Bilangan pemain pula seramai 25 orang iaitu 8 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang bertindak sebagai bomoh pemulih dan 9-15 orang penjaga kawasan. Terdapat juga pantang larang yang harus dituruti antaranya haruslah menjampi sebelum membuka gelangang, memberi pengeras, tidak boleh melihat kain berwarna merah dan sebagainya.
Secara keseluruhanya, kedua-dua tajuk amat menarik dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Sehingga sekarang saya mesih meminati lagu keroncong, dan dengan pengetahuan yang baru saya pelajari, barulah saya memahami keroncong yang sebernanya. kuda kepang pula merupakan antara muzik tradisi yang menarik dan unik. Oleh itu, walaupun tidak secara terperinci saya terangkan di sini, banyak yang telah saya pelajari dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran saya sebagai pelajar muzik.