Tuesday, October 26, 2010

Minggu keduabelas - Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya tujukan buat Encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Minggu ini kelas dimulakan dengan Ujian Pendengaran dimana setaiap pelajar harus mendengar Video yang dimainkan kemudian menjawab soalan berdasarkan video tersebut. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dan menjawab soalan dengan penuh berhati-hati. Selesai sesi Ujian, sesi pembelajaran dimulakan dimana Encik Amran mempelkenalkan satu lagi tajuk baru kepada kami iaitu Gendang 24 musim.

Gendang 24 musim ini dikatakan telah diasaskan oleh seorang guru muzik yang bernama Encik Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Peralatan telah di import atau dibeli dari negara China. Gendang 24 musim ini juga berasas kepada musim pertanian di Negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Musim besar iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin dihabagikan kepada enam musim kecil. Musim kecil ini berkait dengan jadual perkerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar China, petani tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai, damn aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Kareorafi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi-aksi pertanian dan mempamerkan susasana meriah.

Semasa persembahan, pemain drum akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Mereka juga menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaumCina sahaja, malah turut dipersembahkan dalam majlis-majlis raja kerajaan.

Alat muzik yang digunakan pula ialah 24 buah gendang Shigu, iaitu drum tarian Singa. Terdapat juga menggunakan gendang longgu. gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini juga mempunyai Konsep Jie Qi dimana dijadikan panduan buat petani.

Sekian sahaja nurkilan saya buat kali ini, akan bersambaung semula kerana mata hampir terlelap. sekian, Assalamualaikum

3 comments:

~cikshue~ on October 28, 2010 at 10:46 AM said...

Kupasan yang menarik..Selamat maju jaya di dalam final nnt..=)

smp2252aisya on October 30, 2010 at 3:19 AM said...

ulasan nadia menarik minat saya..syabas nadia

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:25 AM said...

Kupasan yang sangat bernas.Teruskan!!

Post a Comment

 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template