Pembelajaran pada minggu ini menekankan kepada lima elemen yang dikemukakan iaitu soundscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik dan konsep /struktur.
Menurut Murray Schafer (1967), soundscape merujuk kepada sound ialah suara atau bunyi dan scape ialah pemandangan. Oleh itu, dengan kata lain sounscape boleh dimaksudkan dengan pemandangan bunyi yang merujuk bagaimana kerektor bunyi memainkan peranan dalam konteks lingkungan suara. Jika tidak diberikan pendedahan ini,kita hanya mengabaikan bunyi yang berada di sekeliling kita. Tanpa kita sedari bahawa dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari pelbagai bunyi dan itulah yang menghiasi lagi keindahan dunia ini.
Apa itu muzik? Kita selalu mendengar perkataan muzik dan muzik sering dikaitkan dengan hiburan tetapi kita tidak pasti apa sebenarnya muzik. Muzik adalah selari dengan bunyi. Menurut apa yang baru saya pelajari, bunyi ialah apa sahaja yang didengari tetapi muzik adalah sesuatu yang dicipta oleh manusia dengan dua cara iaitu mencipta bunyi yang dipanggil bunyi dan membuat muzik mengikut domain budaya, persembahan dan aktiviti yang digelar muzik. Dalam sudut komponen budaya,menekankan idea tentang muzik, penglibatan dalam muzik dan repertoire muzik. Idea tentang muzik itu adalah berkaitan dengan sistem kepercayaan. Malah, dalam muzik itu sendiri mempunyai nilai estetika atau kesenianya yang tersendiri menyebabkan timbul idea tentang muzik. Konteks muzik itu sendiri membuahkan idea apabila bagaimana muzik itu dipersembahkan, berapa kerap, formal atau tidak formal dan cara menonton. Sejarah- sejarah muzik juga yang bermula dari barat dan bagaimana ia diperkembangkan dan sehingga kini muzik itu dikenali dan digunakan oleh seluruh dunia. Antara yang terlibat dengan aktiviti muzik ialah pencipta, pengamal, pendengar pengajar, institusi dan lain-lain lagi. Repertoire Muzik pula ialah stail (pic, irama, timbre, eksperesi), Genre (lullaby, Wedding, Chiristmas (song)-jig dan lain-lain lagi.
Budaya Muzik pula bermaksud penglibatan menyeluruh berkaitan muzik seperti idea, aksi, institusi dan material. Setiap masyakat yang berlainan etnik mempunyai budaya masing-masing. Begitu juga dengan muzik,di mana budaya muzik itu boleh dikatakan melalui keluarga, komuniti, daerah, negeri atau negara. Budaya muzik ini boleh dikenalpasti melalui genre dan sub-budaya muzik boleh dikenalpasti melalui genre. Muzik boleh memberi makna kepada sesetengah masyarakat dan kaum. Budaya itu sendiri merujuk kepada ‘ The way Of Life’ iaitu bagaimana cara atau pejalanan hidup sesebuah masyarakat. Malah budaya ini sering diturunkan dari generasi ke generasi. Manusia dari pelbagai budaya memberi makna yang pelbagai mengikut budaya yang dimiliki tentang muzik. Jadi muzik itu universal atau tidak, semuanya bergantung kepada makna yang diberikan. Dengan adanya ilmu tentang muzik, barulah kita dapat menjelaskan makna dengan lebih mendalam. Oleh itu, universal itu boleh diungkapkan sekiranya kita betul-betul mendalami apa itu muzik.
Sejarah Muzik Tradisional Malaysia pelu dilihat dari sudut dunia Melayu lama merangkumi Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filipina. Dari segi konteks budaya, terdapat persamaan alat/struktur muzik yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Timur Tengah, India dan China. Disebabkan adanya interaksi sosiobudaya telah menghasilkan kepelbagaian genre sehingga kini.
Sebelum ini saya hanya mengetahui alat-alat muzik tradisional dan sekarang saya didedahkan dengan sejarah atau bagaimana muzik tradisional itu berkembang. Antara perkara yang baru saya belajar iaitu bagaimana muzik tradisional Malaysia dipengaruhi oleh pedagang Arab/hindu. Hal ini bermula apabila pendagang arab dan india berdagang dengan kerajaan Sriwijaya pada kurun ke-13. Oleh itu, kegiatan seni ketika ini berunsur hindu-animisme. Seperti yang kita tahu, islam merupakan agama yang mempunyai sifat toleransi dan disebabkan itu, islam mudah menerima budaya terdahulu dan menyerap cerita dan lagenda Islam. Dengan itu, wujudlah seperti zapin, hadrah, rodat, dabus, rebana dan gong yang masih ada sehingga sekarang. Pengaruh Indonesia pula seperti Etnik Jawa, Minangkabau, Aceh dan Bugis yang bertapak di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor memperkenalkan Wayang Purwa, Ketoprak(drama tari), Kuda Kepang, Angklung dan sebagainya. Selain itu, orang bugis pula memperkenalkan kepada Terengganu Joget Gamelan dari Kepulauan Riau dan Rodat dari Sumatera melaui Sambas di Borneo. Pengaruh dari Thailand pula bermula pada kurun ke-19 di mana Siam cuba menetapkan kuasa kedaulatan ke atas Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu dengan cara membayar ufti. Pengaruh yang dia bawa adalah seperti Wayang Kulit Siam, Wayang Kulit Gedek, Menora, dan Mak Yung. Alat muzik Violin dan Gitar dibawa oleh orang portugis semasa pengaruh Barat. British juga menekan drama dan teater semasa pengaruhnya. Pengaruh Barat ini juga membawa kepada kemunculan bentuk muzik seperti keroncong, asli, ghazal dan Bangsawan.
Alat muzik mempunyai beberapa kategori. Jika sebelum ini kita hanya mengetahui nama alat-alat muzik tanpa mengetahui kategori alat muzikm tersebut. Kategori alat muzik boleh dibahagikan kepada empat iaitu Kordofon (alat muzik yang bertali), Membranofon (alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit), Aerofon (alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara), dan Idiofon (alat muzik yang menghasilkan bunyi melaui tindak balas rangka yang bergema atau ketukan).
Muzik juga mempunyai struktur dan konsep yang tersendiri. Apa yang saya dipelajari, struktur muzik mempunyai lima struktur atau konsep iaitu melodi, ritma/meter, harmoni, bentuk/form, notasi dan ekspresi/tafsir. Melodi merupakan irama sesuatu lagu yang mempunyai pic, skel, interval dan lain-lain lagi. Ritma pula merupakan rentak dimana nada tetap yang menggerakkan melodi. Harmoni pula bunyi yang dihasilkan melalu gabungan ton muzik manakala bentuk ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik. Notasi pula ialah simbol bertulis mewakili pic, jangka masa dan susunan berirama ton muzik. Ekpresi pula menytakan kepekaan kepada mood dan perasaan melaui tempo, dinamik, frasa dan corak ton.
Secara keseluruhannya, banyak yang saya pelajari bermula dari apa itu muzik, sejarah sehinggalah konsep sebenar muzik itu. Jika sebelum ini saya hanya mendengar dan mengenali muzik tradisonal hanya sekadar muzik dan hiburan, tetapi tidak lagi sekarang. Banyak yang telah dipelajari dan akan saya gunakan pengetahuan ini dalam mempelajari lebih mendalam lagi tentang muzik tradisional.
1 comments:
Ulasan yang terperinci Nadia. Saya tidak sabar untuk membaca refleksi untuk pembelajaran minggu ke-3 anda. Selamat berjuang.
Post a Comment