Monday, August 2, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat encik admin dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pada kuliah minggu ketiga ini membincangkan tentang kaedah klasifikasi, kategori dan ciri-ciri Muzik Tradisional Malaysia.

Kuliah minggu ini dimulakan dengan perspektif Adaptasi dan Idiosinkretik. Adaptational boleh dieertikan sebagai penyesuaian. Dengan kata lain, sesuatu tindak balas yang berlaku mengikut keadaan ekologi. Adaptational dipengaruhi dengan budaya setempat contohnya suara, mode muzik dan lain-lain lagi. Antara contoh alat muzik Adaptational ini ialah Ghazal Pathi, Ghazal Johor, Baladi Dance, dan Ya Zuhur Orkes Gambus. Idiosyncratic pula membawa maksud gaya yang tersendiri dan sulit. Ia tidak melakukan apa-apa perubahan dari aspek mode muzik dan prinsip akustik, malahan ia menggunakan bentuk yang asal serta kestabilan unsur tanpa ada perubahan dengan mengekalkan sifat semulajadi serta kemampuan fisiologi. Antara contoh Idiosyncratic ialah Gammbus atau Gambus Hadramaut.

Dalam mengklasifikasikan alat muzik, budaya muzik Cina, India dan barat mempunyai sistem penyusunan alat muzik yang tersendiri. Dalam budaya muzik Cina, terdapat 8 kumpulan asas yang digunakan iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Manakala di India pula pada abad pertama sebelum masihi, Natyashastra diperkenalkan iaitu Gong, dimbal, loceng, gendang, alat bertali dan alat tiupan. Seterusnya adalah budaya di barat dimana ia menggunakan sistem taksonomy iaitu mengklasifikasikan kepada idiofon, membranofon, kordofonkordofon dan Aerofon. sistem ini dipekemaskan semula oleh Curt Sanch, Eric Von Hornbostels (1914).

Dalam muzik Tradisonal Malaysia, tradisi besar (budaya klsik/istana) dikongsi bersama dengan tradisi kecil (Buddaya Rakyat). Lima kategori utama muzik tradisional ialah muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari. Ciri-ciri muzik tradisional Malaysia pula ialah bentuk Seni lakon utama, Bentuk Tarian Utama, Ensembel Genderang, Vokal dan Instrumental Solo, Ensembel Sosial popular dan Ensembel lain. Muzik bentuk seni lakon uatama adalah bercirikan teater dan muzik wilayah. Contohnya Mak Yung, Wayang Kulit, Mekmulung, Bangsawan, Randai dan Opera Cina. Muzik ini juga merupakan bentuk muzik kamar (Chamber Music). Muzik ini amat mengutamakan alat idiofon dan membranofon. Muzik bentuk tarian utama (Dramatari) pula merupakan tradisi muzik yang mengiringi tarian. muzik ini merupakan tradisi kesenian tinggi di mana penari dan pemuziknya adalah mereka yang terlatih. Tarian asyik dan joget gamelan merupakan contoh tarian muzik ini. selain itu, tarian muzik ini juga mengiringi tradisi kesenian rakyat iaitu muzik tarian Sumazau dan muzik tarian Singa. Ciri-ciri yang setrusnya ialah muzik ensembel genderang, dimana muzik ini mengiringi muzik bentuk tarian utama. Muzik ini juga mengiringi aktiviti kerja, upacara, dan ritual tertentu. Contoh yang jelas seperti kompang, hadrah, caklempong, kertuk dan sebagainya.

Muzik vokal dan instrumental solo pula melibatkan seluruh aspek masyarakat. Muzik ini tersebar secara sastera lisan melalui nyanyian dan genealogi kalangan kaum. Muzik ini juga mennjolkan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Antara contoh muzik vokal adalah zikir, lagu menyambut tetamu (kayan), pantun dan banyak lagi. Muzik instrumental solo pula ialah organ mulut (keluri, sompoton, seruling, suling, nabat), zither (krem, satong, kecapi, sapeh, sudatang, gagayan). Muzik ensembel sosial popular merupakan muzik hiburan keramaian dan majlis perayaan. Muzik ini menghasilkan muzik sinkretik yang mengiringi tarian ronggeng,nyanyian dalam keroncong dan Ghazal, berbalas pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Muzik ini merupakan cantuman muzik temapatan dengan muzik budaya luar, contohnya lagu seperti dondang sayang, keroncong, dikir barat dan sebagainya. Ciri yang terakhir iaitu muzik bentuk lain atau muzik selain daripada yang dibincangkan tadi. Terdapat pelbagai genre muzik yang belum diselidik, didokumentasi dan dianalisis secara mendalam. terdapat pelbagai lagi genre muzik dan bentuk seni lakon yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan yang sebenarya muzik taradisonal adalah satu bidang yang amat luas. Selepas saya didedahkan dengan asal usul, ketegori muzik, dan ciri-ciri muzik tradisonal, saya semakin memahami apa itu sebenarnya muzik tradisional. jika dulu, pengetahuan saya hanya dengan skop yang terhad, tapi tidak kini. Diharap kuliah-kuliah yang akan datang dapat menambahkan lagi pengetahuan dan minat saya.

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template