Saturday, September 25, 2010

Minggu kesembilan - Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya tujukan buat Encik Amran khususnya dan buat teman-teman seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya kita masih berkesempatan untuk sama-sama menimba ilmu dengan keadaan yang sihat dan sempurna. Minggu ini kempulan pembentang membentangkan tajuk Mak Yong yang amat menarik pada pandangan saya. Jika sebelum ini kita didedahkan dengan Menora, dan sekarang tibalah pula kita mengupas tentang Mak Yong.

Kelas hari ini dimulakan dengan tarian mengadap rebab dimana salah satu upacara wajib sebelum Mak Yong dimainkan. Semua pelajar diminta menari dan ini merupakan pendekatan yang amat menarik dari pihak pembentang. Pengalaman yang baru dalam hidup saya apabila belajar menari bersama-sama rakan sekelas pada waktu itu juga. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran kerana tidak pernah mempelajari tarian ini, tetapi ia amat menyeronokkan. Pembentang menerangkan setiap pergerakan dari segi lenggok badan, pergerakan tangan, kaki dan lain-lain lagi.

Sekarang saya akan ceritakan serba sedikit apa yang telah saya fahami tentang Makyong ini. Makyong merupakan dramatari ataupun senilakon dimana ia menggabungkan unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Ia dikenali di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepilauan Riau Indonesia. Persembahan ini bertujuan untuk hiburan, cara perubatan dan sembah guru. Kepada pelajarnya yang telah ingin mengajarkan tarian ini kepada orang lain dia harus melakukan 'sembah guru'. Namun kini Makyong dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan peringkat antarabangsa. Makyong merupakan persembahan tradisi di kampung dan kebanyakkan peranan dilakukan oleh wanita dalam persembahanya. ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dab pelawak.

Makyong dipercayai wujud sebelum kedatangan islam dan usia sebenar adalah tidak pasti. namun, menurut hikayat Patani, Makyong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu dan kemudian ia berkembang ke kedah dan lain-lain negeri lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Semasa di Patani makyong dipersembahkan di istana dan kemudian berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Terdapat tiga pendapat tentang sejarah Makyong ini wujud. Antaranya ialah, lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Ia dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih pada tuaian atau merawat penyakit. pada masa dulu, permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang.

Persembahan Makyong mula merosot apabila nilai-nilai penari-penari makyung mula hilang. Hal ini kerana, kisah-kisah sumbang diantara penari-penari makyong dengan penonton yang tidak harus berlaku. Malah, penceraian suami isteri serta meninggalkan anak-anak merupakan satu perkara biasa dalam kalangan mereka. Oleh itu, pandangan masyarakat terhadap penari mula merosot dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Kemasukan pengaruh-pengaruh barat lagi membuat Makyong semakin hilang. Walaupun demikian, Makyong dihidupkan semula apabila kewujudan kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu yang dipimpin oleh Cik Khatijah Awang. Hal ini memulakan suatu fasa baru dalam sejarah Makyong. Penubuhan-penubuhan kumpulan-kumpulan teater Kampung Temenggung ini menyebabkan Makyong mula menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Makyong mempunyai tujuh jenis persembahan yang wujud iaitu Makyong Patani, Makyong Kelantan, Makyong Kedah, Makyong Laut, Makyong Riau, Makyong Medan dan Makyong Kalimantan. Dari ketujuh-tujuh jenis itu, hanya tiga jenis yang terkenal di Malaysia iaitu Makyong Kelantan, Makyong Kedah dan Makyong Laut. Dikatakan cerita-cerita makyong diambil dari Menora atau dipinjamkan dari cerita-cerita wayang kulit atau daripada cerita bangsawan. Ini kerana Makyong, Wyang kulit dan Bangsawan merupakan rumpun genre teater tradisional. tema yang mendasari cerita-cerita makyong adalah merupakan mitos percintaan anak-anak raja dan dewa-dewa, kisah pengembaraan dan juga kehidupan di istana. makyung juga dikatakan berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib (alam kayangan Dewa-dewi). Oleh itu, cerita-cerita ini dianggap sebagai roman dan saga.

Pada masa dahulu, Makyg dimainkan oleh pelakon-pelako wanita yang cantik dan mereka melakoankan watak lelaki kecuali watak lucu. Kebimbangan atau kemungkinan pemaisuri atau puteri-puteri raja akan jatuh cinta kepada pelakon Makyong menyebabkan pelakon Makyong terdiri dari kaum wanita. Kisah yang dipaparkan berkait dengan kehidupan raja-raja. Oleh itu, ia menonjolkan nilai estetika yang tinggi pada persembahan Makyong. Watak-watak dalam persembahan ini ialah Pak yong, Makyong, Peran, Dayang atau Inang, Dewa, Tok wak, Jin dan watak binatang. Pakaian Pakyong dan Makyong adalah sama. Perhiasan kepala dibuat dari baldu membentuk mahkota berhiaskan batu permata dan memakai sunting malai di telinga. pakyong membawa seikat rotan dalam persembahan.

Alat-alat muzik makyong yang utama ialah rebab tiga tali, sepasang gendang dan sepasang tetawak. Rebab dimainkan oleh Tok Minduk, malah Tok minduk ini yang menentukan tinggi rendah suara Makyong. Anatara alat muzik lain ialah canang, kesi dan serunai. Muzik makyong yang paling menarik minat penonton ialah muzik rebab. ia membentuk suasana dan menggambarkan emosi serta perasaan di setiap adegan. muzik ini, mengiringi tarian dan nyanyian malah ia menandakan permulaan dan penamatan adegan-adegan keluar. Irama Makyong pula menggunakan rangka gingan tertentu iaitu gendang anak dan ibu. Ia memainkan corak tertentu bagi setiap lagu makyung dan menghasilkan empat timbre tertentu bergantung kepada teknik memukul kulitnya iaitu cak, ting, duh dan pak. Corak-corak irama atau rentak yang tertentu terdii daripada 4 atau 8 bit. ia digabungkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan rentak yang lengkap dalam lagu makyong. hampir semua lagu makyong mempunyai tempo yang perlahan. Melodi pula dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain alat muzik rebab. kedua-dua bahagian muzikal ini dimainkan pada waktu yang sama dan mempunyai tekstur heterofoni.

Kesimpulanya, Makyung merupakan dramatari yang mempunyai cerita-cerita dan dilakonkan oleh wanita. Muzik serta tarian makyong amat menarik. Oleh itu, banyak yang telah saya pelajari pada minggu ini tentang Makyong. Sekian sahaja nukilan saya, sekian.. Assalamualaikum

1 comments:

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:17 AM said...

Penerangan anda cukup jelas..tahniah~

Post a Comment

 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template