Monday, October 4, 2010

Minggu kesepuluh - Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan sesi pembelajaran ini. Dua kumpulan telah membentangkan tajuk yang cukup menarik dan amat menarik perhatian saya.

Kumpulan pertama telah membentangkan tentang nobat dimana nobat hanya dimainkan di istana apabila mempunyai upacara-upacara yang tertentu. Jika ia dimainkan bukan untuk upacara tersebut, ia adalah salah di sisi undang-undang. Nobat hanya terdapat di negeri kedah, selangor dan perak. setiap negeri mempunyai balai nobat dimana semua peralatan nobat disimpan disitu dan tidak boleh dibawa kesana-kemari sesuka hati. Nobat dimainkan oleh orang Kalur di istana, dan hanya keturunan beliau yang terus memainkan nobat ini. Walaupun terdapat sedikit perbezaan nobat dari negeri-negeri yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama dan diamainkan di istana. Syabas saya ucapkan kepada kumpulan nobat kerana anda semua membuat saya semakin berminat mengetahui tentang nobat. saya juga baru menyedari bahawa Kelantan tidak mempunyai nobat, tetapi mempunyai ensembel muzik yang lebih kurang sama cuma digelar dengan nama lain. pada perkiraan saya, nobat adalah sesuatu yang amat menarik dan merupakan keunikan di negara kita.

Kumpulan kedua membentangkan tentang Orchestra cina moden dimana mereka menceritakan dari mana asal usulnya dan bagaimana ia tersebar ke marata-rata tempat sehingga dikenalai. Alat-alat muzik muzik ini amat menarik perhatian saya. bunyi yang dihasilkan amat unik. Kumpulan ini juga menunjukkan video-video temuramah mereka bersama pemain ochestra cina ini dan ianya amat menarik. Pelbagai alat muzik yang baru saya kenali. Muzik yang dimainkan juga amat menarik. Kumpulan ini memberikan penerangan yang jelas dan ini memberikan gambaran yang baru kepada saya apa itu muzik ochestra cina moden. Tahniah kepada mereka.

Secara kesimpulannya, kedua-dua pembentang memberikan pembentangan yang menarik malah memberi informasi baru yang tidak kami ketahui. Cara penyampaian pembentangan juga amat menarik dan semoga usaha ini boleh dipertingkatkan lagi kepada kumpulan-kumpulan yang seterusnya. Sampai disini saja nurkilan saya pada kali ini, akhir kata dari saya, Selamat maju jaya buat semua teman-teman. Assalamualaikum

1 comments:

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:17 AM said...

kumpulan kami [OCM] berharap agar anda semua memahami serta mendapat pengetahuan daripada tajuk yang kami bentangkan...=)

Post a Comment

 

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan A

My Blog List

Blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 NADIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template