Assalamualaikum dan salam muhibah buat encik Amran dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah Allah masih memberikan saya dan kita semua kesihatan yang berpanjangan dan dapat sama-sama kita melalui sesi pembelajaran seperti sediakala. Kali ini, kumpulan terakhir telah membentangkan tajuk yang amat menarik minat saya iaitu Wayang Kulit.
Saya berasal dari kelantan, dan wayang kulit amat popular di sana sehingga sekarang. Saya pernah melihat persembahan wayang kulit di kelantan bersama keluarga. Jika tidak kita hayati dan fahami estetika yang ada pada wayang kulit ini, kita pasti mengatakan ia bukan suatu yang menarik. Pada pandangan saya, orang tua mahupun golongan warga emas ini sebenarnya yang lebih menghargai apa itu estetika dan warisan. Mereka begitu menyayangi warisan kita dan amat menghargai. mereka pasti akan memuji dan menceritakan menariknya warisan kita. Ini saya alami sendiri bersama keluarga saya dimana ayah saya amat meminati lagu tradisional, pakaian tradisional, dikir barat, wayang kulit dan sebagainya. Menurutnya, kesenian itu mula menghilang dibawa arus zaman.
Berbalik kepada wayang kulit, kumpulan ini memulakan perbentangan mereka dengan persembahan wayang kulit. Hal ini amat menarik dan memberikan pengalaman baru kepada semua pelajar. Malah saya sendiri berasa begitu teruja dan merasakan diri seperti berada di negeri kelahiran, Kelantan. Wayang kulit mempunyai beberapa jenis, wayang kulit melayu, wayang kulit jawa,wayang kulit utara dan wayang kulit kelantan. hanya wayang kulit jawa yang menggunakan gamelan, oleh itu bunyi muziknya sedikit berbeza dengan wayang kulit lain. wayang kulit juga mempunyai watak-watak yang tersendiri dan mempunyai ceritanya. Tok dalang, iaitu orang yang memainkan wayang kulit wajib menghafal semua cerita itu dan watak-watak yang ada. Tok Dalang juga memainkan semua watak dengan suara yang bereza. Malah, tok dalang juga harus menggerakkan patung tersebut dan menukar patung-patung lain. Patungnya diperbuat daripada kulit lembu atau kambing dan mempunyai rupa yang pelbagai mengikut watak-watak. Jika dulu ceritanya lebih kepada epik, tetapi sekarang lebih membawa isu semasa dan banyak diselitkan unsur-unsur jenaka.
Sehingga kini, wayang kulit masih wujud di kelantan. Walaupun orang ramai sering melupakan dan tidak mengendahkan, adalah tanggungjawab kita untuk memulihkan keadaan itu. Jika dulu negara kita dijajah, tetapi sekarang pemikiran kita pula dijajah sehingga lebih sukar untuk memrdekakanya. Sama-sama kita renungkan, jika bukan kita yang menghargai dan memelihara warisan kita, adakah orang barat yang menghargainya? tahniah kumpulan wayang kulit dan semua kumpulan yang telah membuat perbentangan. Sebenarnya kursus ini juga satu langkah untuk kita memulihkan dan memeliharan warisan atau muzik tradisional di negara kita. Akhir kata, salam kemaafan buat semua dan Assalamaualaikum..
2 comments:
Bagus lah Nadia... Refleksi anda bukan seperti lain yang hanya menyalin balik apa yang diajar oleh pensyarah tetapi juga memberi sedikit pendapat sendiri. Syabas....
ulasan anda baik dan mempunyai penerangan yang mudah untuk difahami..
Post a Comment